Love Story of Red Riding Hood (Part 3)

Misaki PureBlood | April 23, 2015 | |


Tanpa membuang masa, Kaylie memeluk rapat dan mencium Zayn lama sebelum menyuruh Zayn bersembunyi di sebalik pokok yang penuh dengan rimbunan semak.

Zayn yang berada dalam keadaan terkejut dan kebingungan atas tindakan drastik Kaylie menciumnya hanya menurut kata.

Zayn mengusap bibirnya yang masih dapat merasakan kehangatan saat dicium Kaylie. Ciuman yang pertama kali dia pernah rasai. Dapat dia rasakan degupan jantungnya kencang seperti gendang yang dipukul bertalu-talu. Satu perasaan aneh muncul dalam dirinya setelah sekian lama tidak merasakannya.

"Well oh well.. Lihat siapa yang kita jumpa Max, Jin."

Zayn yang masih terbuai-buai dengan perasaannya sedikit terkejut apabila terdengar suara garau seorang lelaki. 

Rasa ingin tahunya membuatkan dia menyelak sedikit rimbunan daun di hadapannya. Secara tidak sengaja, daun yang diselak secara perlahan bergerak-gerak seperti ada sesuatu yang bersembunyi.

"Siapa? Baik keluar, sebelum aku bunuh kau!" Max yang sememangnya peka dengan bunyi mula menjerit sambil mengugut.

Reaksi wajah Kaylie sudah gelabah, risau kalau Zayn ditangkap.

Tiba-tiba, ada seekor arnab putih keluar dari semak tempat persembunyian Zayn. Zayn menggunakan arnab yang ditangkapnya sebelum berjumpa dengan Kaylie sebagai umpan untuk mengelak dari dirinya disyaki bersembunyi.

Max mula mengeluh. "Arnab rupanya, I thought ada manusia"

Degupan jantung Kaylie dan Zayn bertambah kencang ketakutan kalau kiranya mereka bertiga mengetahui sememangnya ada manusia di situ.

"Max.. Jin.. Did you realize that there is a presence of human here. I means, smell of human," Zach bersuara sambil menghidu-hidu udara di situ. 

"Apa yang abang bertiga buat di sini? Selalunya, abang tak suka datang ke kawasan berdekatan dengan perumahan manusia," Kaylie cuba mengubah topik sebelum Zach dapat mengenal pasti dari mana datangnya bau manusia.

"Jadi, kau nak cakap yang di sini banyak manusia, jadi bau manusia sangatlah kuat. Begitu?"

Zach menggeleng-geleng kepalanya melihat Kaylie yang dalam ketakutan.

"Kau ingat aku bodoh? Nak percaya macam tu saja? Hidung aku ni sensitif dengan bau. Jadi aku boleh tahu ada manusia di sekitar kita sekarang ni," Zach tersenyum sinis dan bangga dengan kenyataannya sendiri.

Max dan Jin yang mendengar dan melihat riak muka berlagak Zach membuatkan mereka menyampah. Tak habis-habis nak berlagak kuat dan pandai. Huh...

"Woi, jawablah!" tengking Zach secara tiba-tiba. 

Zayn mengamati satu persatu wajah dan perilaku sepupu serigala Kaylie. Dalam kalangan sepupu Kaylie, Zach yang berambut light brown dengan mata yang tajam, dilihatnya seperti serigala ganas yang boleh membunuh dengan sekelip mata sahaja mangsa yang ada di hadapan matanya. 

Max dengan badannya yang kurus dan dagunya tajam. Jin dengan wajahnya yang lembut namun kelihatan berkarisma. Menurut pandangan Zayn, mereka berdua seolah-olah tidak seperti seekor serigala yang akan mencederakan manusia.

Zayn kembali menumpukan pemerhatiannya terhadap Zach dan Kaylie.

"Kaylie, cakap saja terus-terang. dari Kay kena marah tak pasal-pasal dengan Zach ni. Jin tak suka bising-bising," Jin mula menyampuk.

Kaylie bermain-main dengan dengan tangannya yang kosong.

"Sebenarnya, memang ada manusia. Tapi, dah balik rumah dia," Kaylie memberitahu sepupunya.

Muka Max kelihatan marah. Dia menggenggam lengan Kaylie kuat. 

"Kau ni!!!"

Zach melepaskan genggaman tangannya dari mencengkam Kaylie.

"Kau buat apa dengan manusia tu tadi? Manusia tu kekasih kau ke?" 

Wajah Max dan Jin mula berubah saat mendengar tuduhan Zach terhadap Kaylie. Meraka terasa seperti dikhianati.

Walaupun ianya hanyalah satu tuduhan. Namun, kedudukan mereka terasa tergugat sekiranya Kaylie bergaul rapat dengan manusia. Sudah lupakah Kaylie, apa yang dilakukan oleh manusia terhadap mereka.

Dengan tergagap-gagap, Kaylie cuba menerangkan keadaan yang sebetulnya.

"Lelaki itu tadi membantu Kaylie keluar dari perangkap manusia pemburu. Kalau tak percaya, lihatlah kaki Kaylie," Kaylie menunjukkan luka kakinya yang telah disapu ubat oleh Zayn. Baginya, Zayn seorang manusia yang baik. Walaupun, itu adalah kali pertama mereka berjumpa.

"Kau dengar sini, Kaylie!"

"Aku tak nak nampak kau bergaul dengan manusia tu lagi. Kalau aku tahu, tahulah nasib lelaki tu. Kau takkan dapat jumpa lagi dengan dia," Zach mengugut Kaylie.

"Owh, tidak. Kita tak patut buat macam tu. Betul tak, Max? Jin?" Zach tersenyum sinis.

Max yang terpinga-pinga tidak faham apa yang dimaksudkan oleh abang sulungnya mula menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

"Zach, listen. Kau tak boleh buat macam tu. Lelaki tu tak buat salah apa pun. Dia yang selamatkan adik sepupu kita," Jin cuba memujuk Zach setelah mengetahui maksud Zach.

"NO, means NO. Aku tekankan sekali lagi. Siapa yang bunuh ahli keluarga kita? Human? So?"

Zach berjalan dan duduk di atas batu besar bersebelahan dengan Max dan Jin.

"Aku terasa nak makan daging manusia sekarang ni," air liur Zach kelihatan mencurah-curah membayangkan daging manusia.

Bulu roma Zayn mula meremang. Apakah dia akan mati di situ juga? Tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada semua ahli keluarganya? Apakah ahli keluarganya akan rindukan dia? Zayn mula membayangkan hayatnya tidak akan bertahan lama sekiranya dia masih berada di situ,

"For now, aku nak balik rumah dulu. Nak bayang kesedapan dan kerangupan daging manusia... Ahhhhhhhhhhh," Zach kelihatan tidak sabar untuk merasa daging manusia.

"Max, Jin.. Tunggu apa lagi? Jom balik. Biarkan budak mentah ni bersama dengan manusia kesayangannya sebelum lelaki tu masuk dalam perut kita. Hahahahahahahahahhahahahahaha," Zach ketawa panjang.

Jin menoleh ke belakang melihat Kaylie sebelum pergi mengikut abang dan adiknya.

Kedengaran bunyi sahut-sahutan serigala seolah-olah menang dalam peperangan.

Setelah dipastikan semuanya selamat, Zayn keluar dari tempat persembunyian dan menerpa mendapatkan Kaylie yang kelihatan pucat.

-to be continue-

Sorry untuk pembaca yang sudi membaca cerpen yang Misaki buat ni sebab lambat nak post Part 3. Macammana untuk Part 3 ni? O.k tak? Nampak tak, betapa lemahnya gaya penulisan Misaki TT^TT. I'll try my best o.k untuk perbaik lagi :)

Anyway, what is your opinion about my short story, Madam Azfa? I hope this short story can be considered as free topic for today :) Thanks for reading it.

Guys, sorry for some scene involve kissing.. Hope you don't mind. So, for underage. I guess this is o.k?

My blog are not into posting sexual arousal. So, please be careful in using your word, when you leave a comment. Thanks.. Terima Kasih.. Arigato Gozaimasu~

2 comments:

  1. Ditunggu Part 4 nya, Hikari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheer almost terlupa... aduh... tunggu ya :) (pengakhirannya ada perubahan... sorry TT^TT

      Delete